Monday, September 27, 2010

Refleksi Pembelajaran Teknologi Maklumat



Setelah 2 bulan menuntut ilmu di institut ini, saya telah mempelajari pelbagai subjek termasuklah pelajaran Teknologi Maklumat yang dikendalikan oleh pensyarah, Encik Nik Ibrahim Bin Nik Mat.
Encik Nik banyak menguji kami dengan harapan supaya kami berfikir daripada kotak, iaitu berfikir secara lebih meluas. Blog ini adalah antara salah satu tugasan yang diberikan kepada kami. Di sinilah saya dapat mempelajari tentang cara untuk membuat blog dan berjinak-jinak dengannya. Kami juga telah didedahkan tentang kemudahan yang ada dalam institut ini seperti wireless, iaitu cara ia beroperasi, cara ia dikendalikan dan sebagainya. Selain itu, Encik Nik juga hendak kami untuk belajar sendiri supaya fikiran kami lebih berkembang dan tidak menunggu untuk disuapkan sahaja seperti pelajar sekolah menengah dan rendah.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment